CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

26 Mei 2010

Pemburuan Hidup

"Hidup merupakan satu pemburuan", kata seorang teman. kata-kata ini sering terngiang2 di benak fikiran saya. setiap kali saya mahukan sesuatu atau membuat sesuatu pekerjaan,kata-kata ini berlegar-legar di fikiran ini. ya,ia memberi makna yang sangat mendalam. dalam kehidupan kita,pelbagai-bagai perkara dan impian yang hendak di gapai. sebagai seorang pelajar,seorang pekerja,seorang anak,dan yg paling penting sbg seorang hamba kpd Rabb nya. tidak kira la siapa pun dia,sama ada seorang menteri,doktor,pesawah,peladang bahkan seorang bayi.
Dari sudut seorang pelajar,apakah yang ingin di buru nya?sudah tentu lah kejayaan di dalam setiap peperiksaan yang di dudukinya.. saya ingin memburu kejayaan,memburu impian,memburu ilmu,memburu cinta..opsss.. cinta kepada Ilahi,kepada nabi,kepada ummi dan abah,kepada suami(belum ada lg) dan cinta kepada seluruh alam ini.. (^_^)
oleh itu jangan lah kita berputus asa dalam setiap pemburuan kita. hasil dari pemburuan itu akan memberi kepuasan yang sangat luar biasa. ya,kepuasan.. kepuasan hidup. hidup ni tidak bermakna tanpa sebuah pemburuan. ia akan jadi hambar,sepi... so,mulakan pemburuan anda bermula pada hari ini!! ^_^
jika yang telah memulakan pemburuannya,teruskan perjuangan anda. jangan berputus asa. kerana hidup merupakan satu pemburuan!!!

0 Tinta Berharga ♥: