pada satu petang yang indah,saya telah menerima satu panggilan dari seorang sahabat lama. sahabat baik saya semasa di MMPP. sudah lama tidak berhubung dengan nya,dan panggilan itu mengimbau segala memori yang dilalui bersama nya ketika di bangku sekolah. saya mendengar pelbagai2 cerita dari nya,cerita gembira dan cerita sedih. banyak yang saya belajar daripada panggilan itu. kami berkongsi bermacam2 cerita(dah lama x borak),psl sahabt,famili,pelajaran,cerita di alam persekolah,dll..
culture shock
culture shock.. bagi kami berdua,sahabat kami(sahabat saya yang lain) ini menerima kejutan budaya apabila melangkah ke alam pengajian tinggi. perubahan dari segala nya. dari segi pakaian,tingkah laku,percintaan.. hmm agak sedih bila mendengar cerita nya.ramai jgk pelajar apabila beralih ke alam pengajian tinggi,mereka mengalami kejutan budaya. ada bnyak faktor yang menyebabkan perkara ni berlaku. mungkin bagi bdk sekolah agama macam saya,kami x pernah@jarang bertemu perkara2 maksiat,di kelilingi suasana bia`ah solehah(sekolah agama perempuan) dan persekitaran yang sangat terjaga. apabila melangkah ke alam 'universiti',banyak perkara terdedah kepada kami. jika tidak kuat iman di dada,jika tidak ingat segala yang telah di tuntut di alam persekolahan dahulu,sudah tentu mudah sahaja untuk rebah.. rebah apabila menerima dugaan sebegitu. ye,ini merupakan pengalaman saya sendiri apabila melangkah ke U. saya terkejut dgn suasana sekeliling saya. tidak biasa melihat semua tu(freehair,dating,ikhtilat antara lelaki dan perempuan,dll..),sehingga saya menangis. saya takut. saya takut dengan semua yang berada di hadapan saya ini. saya menceritakan hal ini kepada 3 teman. mereka memberikan kata2 semangat kepada saya. Allah xkan menguji hambaNya,melainkan Dia tahu yg hambaNya itu mampu utk menghadapi ujian tersebut. katanya,inilah masanya untuk saya mengamalkan segala teori yang telah saya pekajari semasa di alam persekolah dulu.. ilmu tanpa amal sepeti pokok tanpa buah. ye,inilah masanya. dulu saya hanya mendengar sahaja,sekarang tiba masanya utk saya mempraktikkannya dlm kehidupan. ujian itu menjadikan kita semakin kuat. katanya lagi,kebanyakan budak sekolah agama,bila dia x pernah bertemu dgn segala maksiat,bila dia bertemu dgn maksiat tu,dia akan rebah. ye,rebah,. itulah yg di katakan sebagai 'culture shock'. so pandai2 la jaga diri. insyaAllah,jika iman kita kuat,kita ingat kepada Allah,pergila ke mana shj,kita akan selamat.. terima kasih kepada nurul syuhada,husna dan amar.bak kata seorang teman,dulu saya masih di dalam kepompong. ye,kepompong. belum keluar lagi melihat dunia ini. sekarang saya telah menjadi seekor rama2. saya telah keluar dari kepompong saya,utk melihat dunia yang di ciptakan oleh Allah ini,yang sgt2 indah. tp awas,saya akan bertemu dgn pelbagai2 ragam manusia..
panggilan pada petang ini sgt memberi makna dalam hidup saya. banyak yang telah saya pelajari. thanx to NOR AINA LYANA BT OTHMAN. ana uhibbuki. semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20.. :) dah tua tau,dah boleh jadi mak orang dah. luv u.. ^_^
26 Mei 2010
Panggilan Istimewa
Tinta dari Srikandi Ummi & Abah at 5/26/2010 05:16:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 Tinta Berharga ♥:
Catat Ulasan