CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

27 Jun 2010

Rumah Ke 2 ku

Anjung Sri Perpatih.
khemah jualan sempena FESKO

pemandangan pada waktu malam,
FESKO.
view from SM-1


View from bilik ku

SM-1
view from SM-4


malam.. cantik..
view from sm-6



SM-6 (part 1)

pemandangan pada waktu pagi. kabus tebal.
view from SM-1.
(part 2)


ni first time saya duk asrama,(kt matrik dlu x kira,sb kejap je.hehe,tp syg jgk matrik).
best sgt sini. walaupun masih baru dan kekurangan fasiliti. hehe. tp x pe,sume itu x mghalang utk ku merasa ke'best'an duk sana.kitorang batch pertama,bulan 3 lepas bru je dirasmikan. bangga? ntah..biasa2 je. hahaha. cuma best sbb xde senior dan xde junior. kami la senior,kami la junior.conquer beb.. ore klate panggil goghi. hehe ^_^

pemandangan kt sini cantik. segar. dalam hutan kan. hehe. tp saya suka. cantik sangat,kalau pagi ada kabus tebal.bangun pagi2,buka tingkap,tgk pemandangan dan hutan,n tarik nafas panjang2.. hobiku. hahaha.release tension,segar sgt2.
tengah hari plk sgt panas,smpai tanah kering.tp kerap jgk hujan kt pilah.
cuma malam je,takde bintang. ada pun sebijik dua je. saya suka tgk bintang. kat umah pertama sy,bnyk bintang. fuh3.. ^_^

tp bulannya sgt terang. terang bulan menerangi bumi pilah. hehe. kadang2 tgk bulan sakit. bulan sakit??? bulan tu warna merah. sampai skrg tertanya2 knp dipanggil bulan sakit. x faham??

SAYA MAHU KOLEJ UTK SEM 3 NI...

knp nama saya dan housemate xde.. ish3.. pelik betul. xde buat salah pun?
dah la budak2 baru ramai masuk. sktkat ni bdk dip+degree,900 lebih,dekat seribu dah.. pasni intake utk destini anak bangsa n pra dip plk. muat ke budak2 lama duk dalam? mesti ada yg duk luar nnt. saya pun termasuk jgk ke??? x mauuuuuu..bahaya la.. :(
sy masih berdoa dan berharap agar ada tempat utk kami berempat kt kolej tu. huk3.
doakan kami yek.. ^_^


26 Jun 2010

Buku Bagus



buku yang sgt bagus utk dibaca terutama utk remaja.. hehe.. saya dah baca,agak menarik. tp utk buku "Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul" tu membuat saya tertanya dan terfikir.. ada ke yang sebaik itu didunia ini? hmmm Rasulullah SAW mmg la.. tp zaman skrg ni,ada kah? kadang2 rasa perfect sgt lelaki tu (dr. muhlis). hahaha. mcm fahri dalam novel ayat-ayat cinta. ada tu mmg ada,tp nk jumpa susah. tp xpela,amik mana yg baik okeh??? yg baik kita jadikan contoh dan ikutan. saya syorkan sahabat2 baca buku2 ni.. baik punya.. ^_^





Aku terima nikahnya
by
ust hasrizal








pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul

by
fatimah syarha






p/s: sbnrnya nk jgk suami mcm tu.. huhu.. nk sgt jln menuju perkahwinan tu,biar la jalan yg diredhai Allah. yang ummi abah tahu. nk sgt jaga hubungan tu.. nakkkk... huhu. skrg tgh membina peribadi dan syakhsiah diri. semoga bakal suami ku jga begitu. hehe. insyaAllah..


24 Jun 2010

Jejak Kasih

okeh.. skrg tengah menjejaki sahabat2 classmate di MMP. 2 tahun bersama2 di dalam satu kelas,belajar sama2,makan,main,amik SPM sama2.. waaahhh rindu3!! Di mana diorang belajar skrg..jom kita survey. hehehe..


  1. aina a.k.a mc na! - kt uniKL ( asasi sains n tech rasanya)
  2. nadiah - kt matrik,then akn ke USM(kos biologi gunaan)
  3. syazni!! - kt USIM,bru habis tamhidi dan skrg amik dentistry
  4. atikah bahar - ak x tau ,lost cntct,xpe,akan ku jejakinya.
  5. aliaa mazlan - bru hbis matrik dan akan ke UTM,kos kejuruteraan eletronik perubatan(ape benda tah,first time ku dgr)
  6. farhana hariri a.k.a farah - bru hbis STAM dan akan ke USIM (kos pengajian alquran dan multimedia.)
  7. hidayah razak - yg ni ak x sure,lupa,maktab ke matrik dlu.. aiyok.. xpela,akn ku tanya kembali.
  8. ummu afifah- yg ni pun x sure.. aduh..
  9. hazwani- bru hbis STAM dan akan ke USIM bln 7 ni.. kos ape,saya x tau. hehe
  10. hasanah - kt UIAM,skrg masih lg di CFS IIUM,uia diorang nyer asasi 2 tahun,(asasi sains fizikal)
  11. hidayah ahmed- kt maktab,kt klate.. dekat je.. ak jgk yg jauh.. :'(
  12. aida- jgk kt maktab.. tp xtau kt maktab mana.. huhu
  13. nik solehah a.k.a nik - hr tu tamhidi USIM,tp dh hbis dh.. x sure la kt mane. nnt tnya balik.
  14. afifah hanin- msih lg asasi UIAM, asasi farmasi.. ^_^
  15. hasinah- masih lg kt asasi UM,asasi islam dan sains..
  16. nisa- yg ni pun x sure.. :(
  17. farhana aqlilie- xtau jgk.. :(
  18. fatin nur fatimah- haaa.. yg ni sbnrnya kt tamhidi USIM,tp bru je dpt twran g maktab,so bln 7 ni akan ke maktab la plk.. ish3..
  19. atikah yusuf- hmm.. yg ni pun x sure.. tp hr tu ateh ckp tikah kt maktab. so maktab la tu.. maktab mana ana xtau.. hehe ^_^
  20. afiqah abrisam- haaa.. yg ni hr tu masuk DQ,antara top student kls kitorang.. dh hbis DQ ni,rasanya masuk UIAM. tp x sure kos ape.
  21. azrizawani a.k.a mek riza ^_^ - budak ni bru hbis matrik,n akan smbung pengajian ke UiTM puncak alam,kos fisioterapi.hehe.welcome2..
  22. alia adila- alia kt asasi UM,kt nilam puri,klate,asasi pendidikan islam.ok ustazah alia.. ^_^
  23. fatihah syuhada a.k.a fafa- msih lg kt asasi UIAM a.k.a CFS IIUM,asasi sains hayat.
  24. aznida@nida- hari tu amik STPM,aliran sains.. so tahun ni exam. chaiyok!!
  25. afifah mohamad- hr tu matrik,bln 7 ni akan ke USM penang,kos farmasi..
  26. syafiqah- hr tu tamhidi USIM,x sure dpt smbung kos ape.. nnt aku tanya balik.
  27. sarahazni- hari tu matrik,then dia pun aku xtau smbung kos ape.. hehe
  28. rodhiah@kakyah- kakyah jd nurse.. skrg study kt masterskill..
  29. wan fatimah a.k.a ateh!! - ateh kt maktab,kt bangi.. hehe. major math,so leh ajar anak2 aku math nnti ye cikgu fatimah.. ^_^
  30. deena- deena pun matrik hr tu,n ak lupa nk tnya dia smbung mana psni,pdahal bru je msg2 kt fb.. hehe
  31. hakimah- hakimah pun msih lg di CFS IIUM,asasi kejururawatan,ni salah sorang best student. hari tu dia matrik pilah.. then kuar,masuk asasi UIAM,sama mcm hasanah,besfren dia. hehe
  32. alifah farhana- hmm alifah pun sama,kt asasi UIAM gak,tp ak lupa dh asasi ape.. hehe. asik lupa je..
  33. zulzariani isma@zie!! - hmm zie masih kt matrik N9 a.k.a matrik pilah.zie PDT,xpe2..chaiyok!!!
  34. izyan- hmm yan hari tu kt matrik gak,tp ak belum tanya dia dpt smbung mane.. xpe,akan ku tanya nnt..
  35. hidayah izni- hmm dayah pun sama,kt matrik jgk dlu,tp ak blum tnya dia dpt smbung mana..
  36. aku?? hehehe.. kt mane2 je.. asalkan belajor.. okeh??? ^_^
rindu antunna sume.. semoga antunnna semua berjaya mengejar cita2 masing2..semoga bertemu lagi,insyaAllah.. kenangan kita bersama akan tersemat di hati n di dada n di mana2 la,sampai bila2.. love u all!!

(^_^)




22 Jun 2010

Komik Feveret

aku menunggu.. menunggu... bila masanya dapat ku baca

DETECTIVE CONAN VOL. 68!!!

lambat tol.. huhu.. walaupun dh baca kt onemanga,tp nk jgk beli.. ^_^ cepat la.. huhu..

17 Jun 2010

Saya Sayang "Awak"

Assalamualaikum..
jam dah bergerak ke angka 8.15pm.. dah maghrib.. ^_^ it`s mean,dah masuk ke hari yg seterusnya. okeh!! selamat hari lahir 'awak'!!! hmm.. 'awak' dah melangkah ke usia 20.. huhu. dah xde belas2 dah. dah tua.. waaaa.. masa itu akan tiba jugak sebenarnya,n 'awak' kena terima hakikat ni. 'awak',tanggal 5 Rejab 1411 hijriah,'awak' selamat dilahirkan ke dunia ini. bonda 'awak' telah bersusah payah melahirkan 'awak' ke dunia..bertarung nyawa utk melahirkan seorang puteri. hargailah bonda 'awak'. ucaplah terima kasih kepada bonda 'awak',walaupun sebenarnya ucapan terima kasih itu tidak dapat membalas jasanya selama ini. ucaplah jugak terima kasih utk ayahanda 'awak'. sayangilah mereka. selama ini telah bersusah payah membesarkan 'awak',sehingga mencapai usia 20. kasih dan sayang serta pengorbanan mereka tidak dapat 'awak' balas,hanya Allah yang dapat membalasnya. jadilah anak yg solehah,kerana anak yg soleh la yang menjadi harta utk ayah dan bonda tercinta nnt.. harta yang amat bernilai. 3 perkara yg tidak terputus pahala dan ganjarannya,walaupun dah meninggal,ilmu yang bermanfaat,harta yg digunakan di jalan Allah dan doa anak yang soleh.. semoga 'awak' menjadi anak yg solehah. insyaAllah... 'awak' masih bergelar sebagai seorang pelajar,sgt besar tanggungjawab itu. tapi lagi besar tanggungjawab sbg seorang hamba kepada Tuannya.. 'awak' ialah milik Tuan awak. awak hanya seorang hamba,yg hina,yg tercipta dari setitis mani. sedarlah hakikat diri ini. sangat lemah.

usia 20 bukan bermakna awak telah bebas. bukan.. tapi usia 20 menjadikan awak semakin berumur,semakin berusia. semakin bertambah usia,bermakna semakin bertambah dosa. hidup di dunia pada akhir zaman ni,x lari dari dosa. dosa besar? insyaAllah dah cuba jauhkan. tp dosa kecil???? mungkin kadang2 awak x sedar,yang awk terbuat dosa kecil. ya Allah,lindungilah kami dari dosa yang kami sedar,ataupun dosa yang tidak kami sedari. semakin bertambah usia,semakin bertambah masalah. masalah ialah kawan. ingat tak lagu 'trouble is a friend',nyanyian lenka? yup.. masalah ialah kawan kita. kita x boleh lari dari masalah. tp kita kena hadapinya. dengan masalah jugaklah dapat mematangkan kita. betul x??? ^_^

awak.. semoga awak tabah menghadapi dugaan hidup ini. hidup ini sungguh indah sebenarnya,tp tidaklah indah,jika penuh dgn dosa n maksiat. Ya Allah,lindungilah kami dari dosa dan maksiat.. semoga hari2 yang mendatang dihiasi dgn amal n kebajikan,dan sedarlah diri awak sebagai seorang hamba kpd Tuannya.. hanya sbg hamba. ingatlah tujuan hidup di atas muka bumi Allah ni. kita datang daripada Allah,dan kepadaNya la kita kembali. okeh!! 5 rejab 1431 hijriah,jumaat. 20 tahun yang lepas,5 rejab 1411 hijriah,isnin. hari yang sama junjungan besar nabi muhammad sollallahualaihiwassalam lahir ke dunia.. hari isnin hari yg berkat,insyaAllah. semoga hari yg berkat itu melahirkan seorang puteri yang unggul,mujahidah yang solehah,permata hati ummi dan abah,insyaAllah menjadi bidadari di dunia dan akhirat..semoga awak istiqamah dalam setiap yang telah awak amalkan selama ini,insyaAllah.. :) selamat hari lahir "awak"..


actually,"awak" di sini ialah diri saya sendiri.. saya bukanlah siti khadijah,bukan juga aisyah,bukanla mariam dan bukan juga asiah,dan bukan juga serinkandi2 Islam yang lain,saya hanya gadis,seorang gadis yang biasa,puteri kepada ummi dan abah.tapi saya menjadikan mereka contoh dan dan didikan yang saya terima dari ummi dan abah selama ini merupakan acuan dari kisah2 serikandi islam. saya menjadikan mereka sebagai contoh utk menjadi hamba,anak,isteri,sahabat dan lain2 dalam kehidupan seharian sy.walaupun kadang2 saya x dpt menjadi seperti mereka,saya hanya insan yg lemah,yg lupa,dek kehidupan yg terlalu "indah" ini. kadang2 leka dan alpa. tp insyaAllah belum terpesong dari jalan yang sebenar,nauzubilllah.begitulah hakikat hidup seorang manusia di akhir zaman,yang perlu 'survive'. okeh..

I love u AWAK :) cinta yg pertama ialah cinta kepada diri sendiri.. saya sayang "awak"..selamat hari lahir ke 20!!!

wassalam.. ^_^