CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

17 Jun 2010

Saya Sayang "Awak"

Assalamualaikum..
jam dah bergerak ke angka 8.15pm.. dah maghrib.. ^_^ it`s mean,dah masuk ke hari yg seterusnya. okeh!! selamat hari lahir 'awak'!!! hmm.. 'awak' dah melangkah ke usia 20.. huhu. dah xde belas2 dah. dah tua.. waaaa.. masa itu akan tiba jugak sebenarnya,n 'awak' kena terima hakikat ni. 'awak',tanggal 5 Rejab 1411 hijriah,'awak' selamat dilahirkan ke dunia ini. bonda 'awak' telah bersusah payah melahirkan 'awak' ke dunia..bertarung nyawa utk melahirkan seorang puteri. hargailah bonda 'awak'. ucaplah terima kasih kepada bonda 'awak',walaupun sebenarnya ucapan terima kasih itu tidak dapat membalas jasanya selama ini. ucaplah jugak terima kasih utk ayahanda 'awak'. sayangilah mereka. selama ini telah bersusah payah membesarkan 'awak',sehingga mencapai usia 20. kasih dan sayang serta pengorbanan mereka tidak dapat 'awak' balas,hanya Allah yang dapat membalasnya. jadilah anak yg solehah,kerana anak yg soleh la yang menjadi harta utk ayah dan bonda tercinta nnt.. harta yang amat bernilai. 3 perkara yg tidak terputus pahala dan ganjarannya,walaupun dah meninggal,ilmu yang bermanfaat,harta yg digunakan di jalan Allah dan doa anak yang soleh.. semoga 'awak' menjadi anak yg solehah. insyaAllah... 'awak' masih bergelar sebagai seorang pelajar,sgt besar tanggungjawab itu. tapi lagi besar tanggungjawab sbg seorang hamba kepada Tuannya.. 'awak' ialah milik Tuan awak. awak hanya seorang hamba,yg hina,yg tercipta dari setitis mani. sedarlah hakikat diri ini. sangat lemah.

usia 20 bukan bermakna awak telah bebas. bukan.. tapi usia 20 menjadikan awak semakin berumur,semakin berusia. semakin bertambah usia,bermakna semakin bertambah dosa. hidup di dunia pada akhir zaman ni,x lari dari dosa. dosa besar? insyaAllah dah cuba jauhkan. tp dosa kecil???? mungkin kadang2 awak x sedar,yang awk terbuat dosa kecil. ya Allah,lindungilah kami dari dosa yang kami sedar,ataupun dosa yang tidak kami sedari. semakin bertambah usia,semakin bertambah masalah. masalah ialah kawan. ingat tak lagu 'trouble is a friend',nyanyian lenka? yup.. masalah ialah kawan kita. kita x boleh lari dari masalah. tp kita kena hadapinya. dengan masalah jugaklah dapat mematangkan kita. betul x??? ^_^

awak.. semoga awak tabah menghadapi dugaan hidup ini. hidup ini sungguh indah sebenarnya,tp tidaklah indah,jika penuh dgn dosa n maksiat. Ya Allah,lindungilah kami dari dosa dan maksiat.. semoga hari2 yang mendatang dihiasi dgn amal n kebajikan,dan sedarlah diri awak sebagai seorang hamba kpd Tuannya.. hanya sbg hamba. ingatlah tujuan hidup di atas muka bumi Allah ni. kita datang daripada Allah,dan kepadaNya la kita kembali. okeh!! 5 rejab 1431 hijriah,jumaat. 20 tahun yang lepas,5 rejab 1411 hijriah,isnin. hari yang sama junjungan besar nabi muhammad sollallahualaihiwassalam lahir ke dunia.. hari isnin hari yg berkat,insyaAllah. semoga hari yg berkat itu melahirkan seorang puteri yang unggul,mujahidah yang solehah,permata hati ummi dan abah,insyaAllah menjadi bidadari di dunia dan akhirat..semoga awak istiqamah dalam setiap yang telah awak amalkan selama ini,insyaAllah.. :) selamat hari lahir "awak"..


actually,"awak" di sini ialah diri saya sendiri.. saya bukanlah siti khadijah,bukan juga aisyah,bukanla mariam dan bukan juga asiah,dan bukan juga serinkandi2 Islam yang lain,saya hanya gadis,seorang gadis yang biasa,puteri kepada ummi dan abah.tapi saya menjadikan mereka contoh dan dan didikan yang saya terima dari ummi dan abah selama ini merupakan acuan dari kisah2 serikandi islam. saya menjadikan mereka sebagai contoh utk menjadi hamba,anak,isteri,sahabat dan lain2 dalam kehidupan seharian sy.walaupun kadang2 saya x dpt menjadi seperti mereka,saya hanya insan yg lemah,yg lupa,dek kehidupan yg terlalu "indah" ini. kadang2 leka dan alpa. tp insyaAllah belum terpesong dari jalan yang sebenar,nauzubilllah.begitulah hakikat hidup seorang manusia di akhir zaman,yang perlu 'survive'. okeh..

I love u AWAK :) cinta yg pertama ialah cinta kepada diri sendiri.. saya sayang "awak"..selamat hari lahir ke 20!!!

wassalam.. ^_^

0 Tinta Berharga ♥: