CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31 Mei 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh

Pagi ini,saya terjumpa satu video yg best kat youtube.. tentang sultan Muhammad Al-Fateh,seorang pemuda yang baru berusia 19 tahun(sebaya dgn saya skrg) yang telah berjaya menakluk Konstantinople pada zaman Othmaniyyah..telah banyak yg saya dengar mengenai beliau semenjak saya masih kecil.. sangat menarik hati saya. Nabi Muhammad saw pernah bersabda:


“Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sultan Muhammad Al Fateh merupakan pembuka pertama. siapakah yang akan membuka konstantinople utk kali ke dua? Wallahua`lam.. jom tgk video ni.. ^_^




26 Mei 2010

CINTA

sungguh bahagia bila mencintai dan dicintai.. :)


Cinta adalah anugerah drpd Ilahi..
cinta adalah suatu yang seni,tidak dapat dilihat,tp dapat di rasai dan mesti diselami..
cinta tidak boleh di paksa,tapi ia nya ikhlas dari hati yang suci..
kerana cinta,kita mengenal pencipta kita..
kerana cinta,kita mengenal rasul kita..
kerana cinta,kita sayangkan ibu bapa kita..
kerana cinta,kita sayangkan dunia..
kerana cinta,manusia memusuhi..
kerana cinta,manusia membenci..
kerana cinta,manusia memberi..
kerana cinta,manusia menyayangi..
kerana cinta,manusia berjanji..
kerana cinta,kita takut mati,
kerana..
cinta akan harta,dunia,ibu bapa,saudara mara,dan diri sendiri..
berpada-padalah anda apabila mencintai..


Tetapi..
hakikat cinta..
hanya lah kepada Rabbul Izzati..
cinta yang tidak akan berbelah bahagi..
cinta yang tulus suci..

cinta kepada bunga,bunga akan layu,
cinta kepada manusia,manusia akan pergi,
cintailah Ilahi,yang kekal abadi..


p/s: ni ciptaan sendiri tau.. hehe. suka sastera..klu ada kesilapan,sila lah tegur.. ^_^

Panggilan Istimewa

pada satu petang yang indah,saya telah menerima satu panggilan dari seorang sahabat lama. sahabat baik saya semasa di MMPP. sudah lama tidak berhubung dengan nya,dan panggilan itu mengimbau segala memori yang dilalui bersama nya ketika di bangku sekolah. saya mendengar pelbagai2 cerita dari nya,cerita gembira dan cerita sedih. banyak yang saya belajar daripada panggilan itu. kami berkongsi bermacam2 cerita(dah lama x borak),psl sahabt,famili,pelajaran,cerita di alam persekolah,dll..

culture shock
culture shock.. bagi kami berdua,sahabat kami(sahabat saya yang lain) ini menerima kejutan budaya apabila melangkah ke alam pengajian tinggi. perubahan dari segala nya. dari segi pakaian,tingkah laku,percintaan.. hmm agak sedih bila mendengar cerita nya.ramai jgk pelajar apabila beralih ke alam pengajian tinggi,mereka mengalami kejutan budaya. ada bnyak faktor yang menyebabkan perkara ni berlaku. mungkin bagi bdk sekolah agama macam saya,kami x pernah@jarang bertemu perkara2 maksiat,di kelilingi suasana bia`ah solehah(sekolah agama perempuan) dan persekitaran yang sangat terjaga. apabila melangkah ke alam 'universiti',banyak perkara terdedah kepada kami. jika tidak kuat iman di dada,jika tidak ingat segala yang telah di tuntut di alam persekolahan dahulu,sudah tentu mudah sahaja untuk rebah.. rebah apabila menerima dugaan sebegitu. ye,ini merupakan pengalaman saya sendiri apabila melangkah ke U. saya terkejut dgn suasana sekeliling saya. tidak biasa melihat semua tu(freehair,dating,ikhtilat antara lelaki dan perempuan,dll..),sehingga saya menangis. saya takut. saya takut dengan semua yang berada di hadapan saya ini. saya menceritakan hal ini kepada 3 teman. mereka memberikan kata2 semangat kepada saya. Allah xkan menguji hambaNya,melainkan Dia tahu yg hambaNya itu mampu utk menghadapi ujian tersebut. katanya,inilah masanya untuk saya mengamalkan segala teori yang telah saya pekajari semasa di alam persekolah dulu.. ilmu tanpa amal sepeti pokok tanpa buah. ye,inilah masanya. dulu saya hanya mendengar sahaja,sekarang tiba masanya utk saya mempraktikkannya dlm kehidupan. ujian itu menjadikan kita semakin kuat. katanya lagi,kebanyakan budak sekolah agama,bila dia x pernah bertemu dgn segala maksiat,bila dia bertemu dgn maksiat tu,dia akan rebah. ye,rebah,. itulah yg di katakan sebagai 'culture shock'. so pandai2 la jaga diri. insyaAllah,jika iman kita kuat,kita ingat kepada Allah,pergila ke mana shj,kita akan selamat.. terima kasih kepada nurul syuhada,husna dan amar.bak kata seorang teman,dulu saya masih di dalam kepompong. ye,kepompong. belum keluar lagi melihat dunia ini. sekarang saya telah menjadi seekor rama2. saya telah keluar dari kepompong saya,utk melihat dunia yang di ciptakan oleh Allah ini,yang sgt2 indah. tp awas,saya akan bertemu dgn pelbagai2 ragam manusia..
panggilan pada petang ini sgt memberi makna dalam hidup saya. banyak yang telah saya pelajari. thanx to NOR AINA LYANA BT OTHMAN. ana uhibbuki. semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20.. :) dah tua tau,dah boleh jadi mak orang dah. luv u.. ^_^

Quote 2



p/s: love quotes.. ^_^

Quote 1


comel kan kucing ni?? tersenyum.. thanx to my friend. dia yang bagi gambar ni. kata-kata kat bawah tu sangat bermakna. hargailah masa sekarang. masa itu emas.. (^_^)

Pemburuan Hidup

"Hidup merupakan satu pemburuan", kata seorang teman. kata-kata ini sering terngiang2 di benak fikiran saya. setiap kali saya mahukan sesuatu atau membuat sesuatu pekerjaan,kata-kata ini berlegar-legar di fikiran ini. ya,ia memberi makna yang sangat mendalam. dalam kehidupan kita,pelbagai-bagai perkara dan impian yang hendak di gapai. sebagai seorang pelajar,seorang pekerja,seorang anak,dan yg paling penting sbg seorang hamba kpd Rabb nya. tidak kira la siapa pun dia,sama ada seorang menteri,doktor,pesawah,peladang bahkan seorang bayi.
Dari sudut seorang pelajar,apakah yang ingin di buru nya?sudah tentu lah kejayaan di dalam setiap peperiksaan yang di dudukinya.. saya ingin memburu kejayaan,memburu impian,memburu ilmu,memburu cinta..opsss.. cinta kepada Ilahi,kepada nabi,kepada ummi dan abah,kepada suami(belum ada lg) dan cinta kepada seluruh alam ini.. (^_^)
oleh itu jangan lah kita berputus asa dalam setiap pemburuan kita. hasil dari pemburuan itu akan memberi kepuasan yang sangat luar biasa. ya,kepuasan.. kepuasan hidup. hidup ni tidak bermakna tanpa sebuah pemburuan. ia akan jadi hambar,sepi... so,mulakan pemburuan anda bermula pada hari ini!! ^_^
jika yang telah memulakan pemburuannya,teruskan perjuangan anda. jangan berputus asa. kerana hidup merupakan satu pemburuan!!!

25 Mei 2010

Sekalung Tinta Pembuka Bicara

Pertama sekali,syukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang untuk membuat blog ini.
hmm sebenarnya sudah lama mempunyai keinginan untuk mempunyai blog sendiri,tapi baru sekarang berpeluang untuk membuat nya ^_^ kebetulan sedang bercuti semester,bagus rasanya di isi masa terluang dgn menulis blog. di samping dapat mengisi masa lapang,dapat juga meningkatkan skill penulisan. sebenarnya sudah lama diusulkan cadangan oleh seorang teman untuk saya membuat blog. rasanya sejak di bangku sekolah lagi. dan pernah juga dicadangkan oleh ATEH, terima kasih tidak terhingga kepada kalian berdua ^_^ cadangan kalian sudah saya laksanakan. saya memilih tarikh yang sesuai utk membuat blog ni. so rasanya 25/5/10 ialah satu tarikh yg amat baik,insyaAllah.
hmmm jika ada salah dan silap di dalam penulisan saya,di harap sahabat sekalian sudi menegur. saya menerima dengan hati yang terbuka. apa yang baik datangnya dari Allah taala dan ape yg buruk itu semuanya kelemahan diri saya sendiri. syukran jazilan kasiran.