Assalamualaikum warahmatullah wabarokatuh..
Petang yang damai dan penuh berkat.. bumi Kuala Pilah di basahi gerimis.. awan yang mendung dan angin yang bertiup perlahan. sungguh indah suasana di senja ini. saya merenung dari jendela bilik. sangat indah dan cantik anugerah dari Ilahi ini. Subhanallah. semoga Allah sentiasa memberkati bumi pilah. insyaAllah.
pemandangan dari tingkap ku
pemandangan dari tingkap kusebenarnya tiada kaitan dengan tajuk di atas pun posting kat atas tu. hanya menunjukkan rasa kagum terhadap Sang Pencipta :) cantik dan damai. menikmati pemandangan di kolej selepas bertungkus lumus menghadapi 2 test hari ini.
29/08/2010
10.15 pm
29/08/2010
10.15 pm
Hati saya berdebar-debar menunggu kedatangan Tuan Haji Norazman Mohd Shamsudin,wakil dari HALUAN yang mewakili Malaysia ke Gaza tahun ini. Perasaan itu sukar untuk di gambarkan. rasa tidak sabar untuk mendengar celoteh dan pengalaman beliau katika berada di atas kapal Mavi Marmara. Program ini bersempena FESKEM(festival kemerdekaan) anjuran UiTM negeri sembilan. Tidak sangka ramai sekali yang menghadiri program pada malam tadi. Bangga jugak. hehe. Bahagian atas Anjung Selera Perpatih pada awal lagi telah dipenuhi dengan siswa dan siwi(siswi lagi ramai,kemana menghilang nya siswa? kat melang kot.... ). suasana agak hingar bingar. meruap jugak darah. nak je jerit, diam la semua... ape la kamu ni. tapi terpaksa menjerit di dalam hati. sabar je... (= , =)
Apabila beliau memulakan ucapan beliau, saya dan housemates agak teruja. bukan ape, teruja untuk dengar cerita beliau semasa di Gaza. nak jugak pergi ke sana. tapi tidak tau la,adakah mempunyai kekuatan seperti mereka semua... agak sedih mendengar cerita dari beliau. cerita semasa sukarelawan2 ditembak oleh komando israel. tuan haji norazaman cakap, peluru yang digunakan oleh israel tu, untuk tembak sukarelawan tu, mcm skru tau. bila di tembak,peluru tu akan masuk ke dalam dan ke tulang dan meletup. menyebabkan tulang hancur. beliau juga menceritakan pengalaman beliau semasa di gaza. sangat sedih. mengenangkan penderitaan mereka. sangat marah mengenangkan perbuatan kejam pihak zionis. benar la semua firman2 Allah di dalam kitabNya. Allahuakbar. hanya mampu merenung dan muhasabah diri.. semoa semua saudara ku di palestin tabah. insyaAllah. mereka memang tabah. Allah anugerahkan mereka ketabahan,hati yang sangat cekal. Subhanallah. Saya membayangkan saya di tempat mereka. Adakah setabah itu diri ku ini.. adakah saya mampu untuk menghadapi nya? sama-sama la kita berfikir.

mendengar ceramah dari Tuan Haji Norazman

tayangan video yang diambil dari atas kapal mavi marmara

mendengar ceramah dari Tuan Haji Norazman

Sempena malam kemerdekaan(malam ni),saya mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 53. hayati la maksud kemerdekaan yang sebenar. kemerdekaan bukan lah bermakna kita bebas melakukan apa sahaja dengan sesuka hati. bebaskanlah diri kita dari penjajahan minda. bebaskanlah diri kita dari di jajah oleh anasir2 jahat yang boleh merosakkan iman kita. ingat la saudara-saudara kita di palestin,di chehnya,di afghanistan dan seluruh umat Islam. ingat la mereka semua..
selamat beribadah di hari kesepuluh terakhir bulan RAMADHAN. semoga kita dapat berjumpa dengan malam yang terbaik dari seribu bulan iaitu malam al qadr. insyaAllah.
wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

selamat beribadah di hari kesepuluh terakhir bulan RAMADHAN. semoga kita dapat berjumpa dengan malam yang terbaik dari seribu bulan iaitu malam al qadr. insyaAllah.
wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

